BE INSPIRED

banner
Sep 2019

Terokai Laluan Bersejarah Di Royal Klang Town Heritage Walk

By Selangor.travel Admin

Perjalanan Terbaik dan Unik di Bandar Klang Sesuai Untuk Penggemar Sejarah

Bandar Klang, 2 September 2018 – Bandar Klang adalah bandar Diraja Selangor yang terletak kira-kira 30km dari bandaraya Kuala Lumpur. Bandar DiRaja Klang, bandar yang pernah menjadi ibu negeri Selangor suatu ketika dahulu, kini menjadi destinasi pelancongan terpenting di Selangor ekoran jumlah pengunjung semakin meningkat saban tahun. Royal Klang Town Heritage Walk dipelihara sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor melalui Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Di buka pada setiap hari Sabtu dan Ahad, dan pemandu pelancong professional juga disediakan secara percuma untuk semua pengunjung. Tidak lengkaplah perjalanan terokai Selangor jika tidak berkunjung ke Royal Klang Town Heritage Walk.

 

Terokai Laluan Bersejarah Di Royal Klang Town Heritage Walk 5

 

Royal Klang  Town Heritage Walk ini sangat sesuai untuk penggemar sejarah yang ingin terokai asal usul kesultanan dan sejarah negeri Selangor. Pengunjung akan berjalan kaki menelusuri jalan dan bangunan bersejarah yang mengambil masa sekitar 2.5 jam. Antara tempat bersejarah yang boleh dilawati adalah Royal Gallery Sultan Abdul Aziz Shah, The Former Chartered Bank, Royal Klang Club, Alam Shah Palace, Church of Our Lady of Lourdes, Klang Convent School, Tengku Kelana Street (Little India), Indian Muslim Mosque Tengku Klana, Sri Nagara Thendayuthapani Temple, Klang Fire Station, dan Gedung Raja Abdullah.

Royal Klang  Town Heritage Walk ini sangat sesuai untuk penggemar sejarah yang ingin terokai asal usul kesultanan dan sejarah negeri Selangor

Antara keunikkan dan keistimewaan Royal Klang Town Heritage Walk yang boleh dirasai sendiri oleh pengunjung adalah dapat menikmati pemandangan bangunan bersejarah, melihat suasana di sepanjang laluan seperti orang menilik nasib, melukis, tekstil penenunan masyarakat India, dan pelbagai lagi. Selain itu, pengunjung juga boleh membeli belah buah tangan di sekitar kawasan Jalan Tengku Kelana Little India. Dalam perjalanan itu kita juga dapat berinteraksi secara langsung dengan masyarakat Klang yang pelbagai agama dan bangsa yang ramah dan mesra.

 

Terokai Laluan Bersejarah Di Royal Klang Town Heritage Walk 6

 

Pengalaman yang berharga dapat dirasai pengunjung ketika melawati Royal Klang Heritage Town Heritage Walk kerana ia merupakan tempat bersejarah DiRaja, pengunjung akan mendapat melihat gambaran tentang zaman kanak-kanak dari awal tahun Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai putera mahkota, kerjaya beliau di pejabat tentera dan awam sehingga pelantikannya sebagai Sultan Kelapan Selangor pada tahun 1960 dan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke Sebelas di 2001. Antara koleksi pameran DiRaja terdiri daripada koleksi peribadi artifak dan hadiah yang meliputi tempoh pemerintahannya.

Royal Klang Town Heritage Walk adalah aktiviti yang memanfaatkan bagi meningkatkan kesedararan masyarakat dan anak muda amnya dalam menghargai warisan dan sejarah negeri Selangor. Pengunjung juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih LocoMole secara percuma untuk di gunakan sebagai panduan dan maklumat semasa perjalanan.

 

– End –

 

Download the Original Media Release – BM