Terokai Perjalanan Bersejarah Di Klang
Perjalanan Terbaik dan Berbaloi di Bandar Klang Sesuai Untuk Penggemar Sejarah
Bandar Klang, 13 Ogos 2018 – Bandar Klang adalah bandar Diraja Selangor yang terletak kira-kira 30km dari bandaraya Kuala Lumpur. Bandar DiRaja Klang, bandar yang pernah menjadi ibu negeri Selangor suatu ketika dahulu, kini menjadi destinasi pelancongan terpenting di Selangor ekoran jumlah pengunjung semakin meningkat saban tahun. Tidak lengkaplah perjalanan terokai Selangor jika tidak berkunjung ke Royal Klang Heritage Walk.
Royal Klang Heritage Walk, lokasi ini sangat sesuai untuk penggemar sejarah yang ingin terokai asal usul kesultanan dan sejarah negeri Selangor. Pengunjung akan berjalan kaki menelusuri jalan dan bangunan bersejarah yang mengambil masa sekitar 2.5 jam. Selain itu, dalam perjalanan pengunjung dapat berinteraksi secara langsung dengan masyarakat Klang yang pelbagai agama dan bangsa.
Stesen yang dibina pada tahun 1890 ini menghubungkan Klang dengan Bukit Kuda. Dibina untuk menggantikan Stesen Bukit Kuda disebabkan jaraknya yang jauh dari bandar Klang. Antara tahun 1895 – 1901, satu landasan menghubungkan Klang ke Pelabuhan Klang dibina disebabkan kegiatan import dan eksport yang berkembang pesat.
Merupakan bekas kediaman dan gudang milik Raja Abdullah Ibni Almarhum Raja Jaafar yang dilantik oleh Sultan Selangor pada tahun 1854. Pada 1874, ia telah dijadikan sebagai pejabat kerajaan oleh pihak British. Pada tahun 1880, ia dijadikan sebagai balai polis. Kemudian dijadikan pula tempat penyimpanan bijih timah dan hasil dagangan. Kini ia dijadikan sebagai muzium timah.
Dibina pada tahun 1890 sebagai balai bomba pertama bagi bandar Klang. Bangunan ini bercirikan Victorian. Ia dibina di simpang Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana. Sehingga kini, ia masih kekal sebagai Balai Bomba Klang dan direnovasi bercirikan moden dan lama untuk mengekalkan sejarah.
Istana Alam Shah, dibina pada 1905 sewaktu pemerintahan Sultan Alaudin Sulaiman Shah. Ia mempunyai 15 buah bilik yang dibina menggunakan kayu dan marble. Kos pembinaan istana ini telah ditanggung sepenuhnya oleh sultan. Sultan Alaudin Sulaiman Shah bersemayam di istana ini sehinggalah kemangkatannya pada 1938.
Bank Chartered merupakan bangunan lama yang menjadi institusi kewangan pertama di Klang. Ditubuhkan pada tahun 1874. Semasa Perang Dunia Ke-2, bangunan ini telah dijadikan sebagai pusat tahanan banduan. Kini ia telah dijadikan sebagai bangunan menjual pakaian sari.
Galeri ini menyimpan segala yang berkisarkan tentang Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang telah memerintah Selangor selama lebih 39 tahun sebagai Sultan Selangor ke-8 dan hampir 3 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-11. Muzium ini dibiayai sepenuhnya oleh Baginda. Ia dibuka kepada lawatan umum sehinggalah Baginda kembali ke rahmatullah. Anakanda baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang menaiki takhta pada tahun 2001 telah menitahkan agar Bangunan Sultan Suleiman yang dibina pada 1909 dijadikan sebagai Galeri Diraja yang baru.
– End –