BE INSPIRED

banner
Aug 2020

EAGER TO TRAVEL? “Pusing Selangor Dulu!”

By Selangor.travel Admin

EAGER TO TRAVEL? Pusing Selangor Dulu!

Tourism Selangor’s Domestic Tourism Campaign, “Pusing Selangor Dulu” has started to become an eye-opener and has by far received positive reactions from the public. Aided by the many initiatives undertaken by Tourism Selangor, the Campaign is hoped to bring forth a significant impact on the economic growth of the State’s tourism industry. Tourism Selangor has set a new tourist arrival target, in line with the ‘Reset Tourism’ vision and notion at 6 million tourist arrivals in 2020. With Pusing Selangor Dulu Campaign climbing on the popularity among domestic tourists, the target will most-likely be materialized with a prominent contribution by the domestic tourists.

Penganjuran Kempen “Pusing Selangor Dulu”

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor telah memperkenalkan Kempen Promosi Pelancongan “Pusing Selangor Dulu” yang memberi penekanan kepada pasaran domestik. Pelaksanaan Kempen ini adalah selaras dengan pengumuman pembukaan semula industri pelancongan domestik bermula 10 Jun 2020 oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersempena dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).  Kempen ini juga merupakan sebuah inisiatif untuk mencapai sasaran jumlah kedatangan pelancong seramai 6 juta orang pelancong ke Negeri Selangor untuk tahun 2020.

EAGER TO TRAVEL?

OBJEKTIF

– Mempromosikan produk-produk pelancongan Negeri Selangor ke pasaran domestik

– Membantu peniaga dan pengusaha produk pelancongan Negeri Selangor khususnya melibatkan produk pelancongan baharu untuk dipasarkan

– Mengetengahkan imej positif Negeri Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan utama di Malaysia

– Meningkatkan publisiti dan liputan promosi produk-produk pelancongan Negeri Selangor khususnya di landasan digital dan atas talian

– Memberikan informasi yang komprehensif dan idea pelancongan yang efektif kepada pelancong domestik

– Merancakkan semula industri pelancongan Negeri Selangor yang terkesan susulan penularan wabak pandemik Covid-19

– Memperkuatkan penjenamaan dan Identiti Pelancongan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia

– Medium untuk menwar-warkan fungsi Tourism Selangor sebagai agensi promosi utama pelancongan di Negeri Selangor.

 

LANGKAH PELAKSANAAN KEMPEN

  1. Laman sesawang serba baharu Tourism Selangor, Selangor.travel dan laman sosial media rasmi Tourism Selangor seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube
  2. Inisiatif promosi menerusi kerjasama dengan operator produk pelancongan seperti hotel dan taman tema untuk tawaran harga dan diskaun yang menarik
  3. Direktori dan informasi pelancongan yang ditambah-baik di laman sesawang Selangor.travel
  4. Kerjasama dengan pihak Media, dan para blogger dan content creator bagi mewar-warkan inisiatif pelaksanaan Kempen
    Program promosi berkonsep B2B atau B2C menggunakan kaedah virtual / norma baharu secara online.
  5. Pengenalan pakej-pakej pelancongan yang melibatkan keseluruhan 9 Daerah di Negeri Selangor
  6. Program kerjasama bersama penggiat indusri pelancongan (Kerajaan, Swasta dan NGO)
  7. Inisiatif promosi melalui acara-acara pelancongan Negeri Selangor yang akan dirangka dan dianjurkan mengikut garis panduan terkini

 

BAGAIMANA UNTUK TURUT SERTA?

  1. Melancong ke produk-produk pelacongan Negeri Selangor serta berkongsi pengalaman di laman media sosial
  2. Penggunaan tandapagar atau hashtag #PusingSelangorDulu # ResetTourism #SplendidSelangor #DiscoverSelangor dan #TakeMeAnywhere di ruangan kapsyen untuk hantaran atau posting di laman media sosial
  3. Menghebahkan informasi Kempen Pusing Selangor Dulu! serta berkongsi bahan promosi Kempen seperti Poster rasmi dan artwork digital Kempen
  4. Berbelanja di Negeri Selangor dengan menyokong produk keluaran tempatan seperti produk IKS, pakaian, makanan dan minuman, serta kraf tangan
  5. Merebut tawaran harga promosi dan diskaun menarik yang ditawarkan oleh operator produk pelancongan Negeri Selangor

Untuk maklumat lanjut mengenai penganjuran kempen ini:

Email kepada [email protected]

 

– End –