Notis Penutupan Sementara Taman Eko Rimba Chongkak Park & Resort Dan Taman Eko Rimba Kanching
[UPDATED] Notis Penutupan Sementara Taman Eko Rimba Chongkak Park & Resort Dan Taman Eko Rimba Kanching
Adalah untuk makluman, pihak Tourism Selangor memberi komitmen penuh dalam mengikuti dan mengguna-pakai segala polisi, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Selangor.
Selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Negeri Selangor sehingga 31 Disember 2020, makluman berikut adalah untuk diberi perhatian.
Sehubungan itu, produk pelancongan yang diuruskan oleh Tourism Selangor iaitu Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort, Hulu Langat dan Taman Eko Rimba Kanching, Rawang ditutup sementara kepada umum sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Segala kesulitan yang timbul dari Notis Penutupan Sementara ini adalah amat dikesali.
Pihak Tourism Selangor mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama baik semua pihak dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat.
Untuk sebarang informasi lanjut, sila hubungi talian 016 -2076957 (Fadila) atau layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor; Selangor.Travel.